1 october 2015

Hi, Assalammualaikum. lamanya tinggalkan blogger berapa banyak kali aku login account tak berjaya tp akhirnya berjaya juga pswrd dah ingat huhuhu. Ingatan aku masih kuat babe. Nak dekat 2tahun juga lah eh tinggalkan blogger kesayangan ni, yeke? Ntah mana aku tahu. Haa k. aku update ni sebab aku bosan aku kecewa aku sedih semuanya lah nasib baik harini cuti so boleh tidur puas puas rehat kan minda badan & tulang tulang yang otw reputzz ni. Hahahahahahahahahahah kenapalah aku mempunyai seorang pasangan yang tak pernah faham isi hati aku yang inginkan pujukkan manja dari dia. Tapi sedih kecewa yang aku dapat tengah pagi ni, eh pagi bukan tengah. hancur rasanya hati ni bila org yg kita percaya hundredd persenttttt luka kan hati kita. hancur babe bila keluar jawapan "Memang aku cari perempuan lain pun" what the............ Aku manusia kau manusia sesama ada hati & perasaan tp susah sangat ke nak jaga hati aku berbanding dari ex ex kau? First time ok, aku rasa macam ni bila dengan bf aku sendiri bercinta dulu dgn sekarang lain berbeza sangat. Dulu cinta monyet sekarang cinta ni ibarat nak sampai ke halal tau, This is 2015 lah bukan 1995 eh tahun lahir aku hahahahaha k pape sahaja lah. Kejap break kejap together Yallah aku benci benda macam ni sebab aku nak berfikir ke depan bukan tegak situ je. Korang faham ke apa aku maksudkan ni? kalau faham alhamdulillah teruskan membaca yang tak faham tu leh lah move on dari teruskan baca kalau tak faham. Tak pernah lagi tidur lambat time time ceni since aku dah kerja ni haa, Hm dah lah bosan sedih pula tu kecewa lagi sakit hati lagi ha peww lagi? Nak meroyan mak rasanya halahai. Takpelah kan kalau ada jodoh ada lah kalau takde nak buat macam mana kan :') Aku harap kau bahagia buat sementara waktu ni. Carilah bila perlu tak perlu takyah cari. ok? Salam.     



sincerely: Alynn'